
Peluang Pendapatan dan Keperluan Memiliki Laman Perniagaan
Internet membuka ruang dan peluang bagi usahawan dan peniaga kecil melakukan promosi, menyampaikan maklumat produk dan perkhidmatan disamping meraih keuntungan. Namun, bagi membina satu perniagaan internet, anda memerlukan kepakaran baru untuk menghadapi cabaran yang menanti. Dapatkan ilmu yang diperlukan dari bahan rujukan dan bantuan dari mereka yang berpengalaman. Anda juga boleh membuat carian di internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan perniagaan dan pemasaran di internet.
Sila isikan borang di atas untuk download bahan penuh
Langkah Pertama Yang Betul Menjamin Kejayaan
Hampir 90% perniagaan secara dalam talian atau perniagaan internet gagal. Kegagalan mesti ditangani dan diselesaikan. Kesilapan tidak harus dibiarkan menjadi barah yang melemahkan semangat anda dan kita mesti belajar dari kesilapan. Lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan amalkannya bagi menghindarkan kegagalan.
Jika anda tergolong dalam 90% mereka yang gagal dalam perniagaan internet, jangan putus harap kerana kegagalan bukanlah 100% buruk. Anda sebenarnya berpeluang untuk mempelajari sesuatu daripadanya dan ia berguna sebagai panduan di masa depan. Jadikan pengalaman pahit sebagai pendorong untuk menjadi lebih berjaya. Kegagalan mengajar kita supaya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
Sila isikan borang di atas untuk download bahan penuh
Bina Laman Perniagaan Dengan Betul dan Elakkan Kesilapan
Anda tidak punya pilihan. Jika mahu berjaya dalam perniagaan secara dalam talian, anda perlu membina laman yang memenuhi kemahuan pengunjung. Ianya mestilah mesra pengguna, mudah difahami dan senang dilayari. Jangan lupa, laman web anda juga mestilah mesra enjin carian. Anda perlu mempelajari teknik SEO (Search Engine Optimization).
Banyak kesilapan telah dilakukan oleh pemilik laman web perniagaan kecil dan syarikat besar juga tidak terkecuali. Teknologi berkembang dengan pantas dan kejayaan sesebuah laman web sukar dipertahankan jika tidak mengikut arus. Jika laman anda berada ditahap terbaik hari ini, ia mungkin jatuh esok. Mengapa? Kerana teknik atau apa saja yang digunapakai hari ini tidak semestinya berfungsi dengan baik esok!
Sila isikan borang di atas untuk download bahan penuh