Derma Darah | Blood Donation

31 Ogos 2008 - Hari Merdeka yang ke 51 di Jusco Ipoh. Kami sekeluarga pergi ke sana untuk bersama menjayakan program derma darah anjuran ANSARA/Utusan. Selain jadi wakil ANSARA saya juga teringin nak derma darah bersama isteri. Anak pun datang tengok. Kami tak pernah derma darah sebelum ini.

Yelah.. nak derma duit, duit pun tak berapa nak ada. Darah ada banyak dan badan akan sentiasa produce darah baru dalam 3 atau 4 bulan. Doktor kata, darah yang kita derma (300-500ml) akan dijana semula dalam 24 jam gitu. So tak heran la kalau kita derma sikit - mungkin dapat menyelamatkan orang yang memerlukan. Tambahan pula dekat nak raya ni - kan raya ni musim orang accident.

Mula mula isi borang - dan doktor akan periksa BP, timbang, cek darah dan memanglah aku fit untuk jadi penderma. Darah aku group B, manakala wife I pula group O. Hmm O ni memang besar permintaannya. Maklumlah tak ramai orang yang berdarah O.

Lepas tu I baring dan nurse cucuk jarum kecik. Kemudian dia masukkan jarum sedikit besar untuk darah tu keluar dan masuk bag. Lebih kurang 6 minit penuhlah bag utk 450ml tu. Ok selamat! Nurse suruh aku berehat sekejap. Sambil tu sembang dengan anak, Raqin Izzat. Dia yang ambil gambar hari tu.

Tak lama lepas tu aku rasa lain macam je.. kepala berat. Alamat rasa semacam. Badan berpeluh! Nurse tolong lapik kaki supaya tinggi - supaya darah turun ke kepala - Oksigen!! adoi.. lama jugak nak kasi stabil. Lepas tu tekak rasa nak minum, nurse kata jangan, nanti muntah. Tak silap aku baring kat situ lebih kurang 15 atau 20 minit.

Lepas tu aku pun turun dari katil dan duduk dikerusi dekat wife. Hmm lega. Semua dah beres. Tiba tiba... Aku rasa macam nak tumbang. Kepala berat, pandangan jadi terang.. pendengaran jadi sayup sayup dan bercampur aduk. Hilang fokus pendengaran.. Last sekali aku dengar brother dari hospital tu tanya - Okay ke bang? Dia suruh aku baring.. Tak sempat! Lepas tu aku tak sedar. PENGSAN.

Aku tak sedar bila depa letak aku atas katil, berselimut. Tau tau aku dah telentang atas katil.. nampak wife kat ujung kaki.. doktor kat sebelah. Doc tanya amacam? Aku kata ok kot.. hmm masa tu blur lagi. Adoi.. kena baring lagi kat situ. Wife aku kata sebelum pengsan aku batuk batuk, tangan pegang dada, kaki ketar, muka pucat lesi.. kejang. Ish malu jugak dibuatnya.

Alhamdulillah. Selepas baring kat situ (tambah lagi 30 minit kot), minum air milo, makan biskut aku pun rasa normal dan lega. Cuba bangun dan turun dari katil.. Cuba berjalan.. hmm lega. Normal dah. Wife dan anak-anak tak ada, depa ronda ronda dan beli barang kat Jusco la tu.

Then kami pergi makan - AKU RASA SANGAT lapart. Makan bigmac dengan minum kopi panas. Lepas tu drive balik rumah. Dalam kereta aku kena gelak dengan wife dan anak-anak.

Wife aku okay je lepas derma darah tadi. Dia tak pening tak rasa apapun.. Entahlah, badan aku ni mungkin sebenarnya tak cukup sihat untuk derma. Dan dalam buku derma darah tu ada nota "Pengsan after donate - Cannot Donate Blood". Haiya.. nampaknya itulah sumbangan pertama dan terakhir.

Korang jangan la takut pulak. Kalau korang fit, pergilah derma darah kerana kita semua tahu, darah sentiasa diperlukan. Doktor dari Tabung Darah Hospital Ipoh kata, mereka perlukan lebih kurang 2000 beg darah - atau 2000 donors setiap bulan.