Logo & Graphic Designers - Bina laman dan perniagaan internet anda sendiri!

Assalamualaikum! Anda seorang pereka logo (logo designer)? Atau seorang pereka grafik dan masih berkerja untuk syarikat atau advertising company? Mengapa tidak mulakan perniagaan online anda sendiri?

Yes! Your OWN online graphic logo design business. Sebenarnya tak susah untuk bermula. Yang penting anda mahu. Jika anda seorang logo designer atau terlibat dalam industri grafik anda sepatutnya sudah ada laman perniagaan internet anda sendiri.

Saya bermula secara kecil-kecillan. Buat logo dan khidmat grafik untuk kawan kawan dan lama kelamaan saya punyai ramai pelanggan. Sebagai permulaan, kumpulkan semua hasil kerja anda. Cari semula fail-fail lama, convert dalam bentuk jpg atau png dan susun mengikut kategori contohnya, logo, banner, poster dll.

Bina laman web anda sendiri! (bukan guna yang free). Beli domain name dan cari hosting yang sesuai mengikut keperluan. Tak perlu yang mahal-mahal kerana anda cuma perlukan sekitar 500MB utk space dan sekitar 1G (Ini pun sudah terlalu besar) untuk bandwidth.

Saya gunakan drupal.org utk membina laman saya. Ramai orang gunakan JOOMLA tapi saya lebih suka DRUPAL. Sebabnya.. pelbagai. Atau anda boleh guna html (Dreamweaver). Terpulang pada anda.

Jika anda ingin bantuan dari segi hosting, boleh hubungi saya. Saya boleh sediakan pakej khas sebagai permulaan. RM50 sahaja. Tetapi anda perlu beli domain dulu, contohnya di www.mercumaya.net. Jika ingin saya hostkan, masukkan ns1.randuk.com, ns2.randuk.com semasa mengisi ruang DNS (Name server).

Jangan lupa download free ebooks saya.. ini panduan asas - bagaimana memulakan perniagaan online dan membina laman web. Sila gunakan borang contact jika anda ingin berkongsi idea dan bertanya apa apa soalan berkenaan hal ini. Insyaallah saya akan cuba membantu.